Header Ads

'Jutawan Barang Ciplak' Popular Kena Cekup? Netizen Jalankan Siasatan Sendiri Dan Dapat Agak Siapakah Jutawan Tersebut




Hari ini kecoh di media sosial apabila akhbar Harian Metro mendedahkan satu laporan 'Jutawan Ciplak' yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual barangan tiruan melalui media sosial. 

Jutawan muda ini juga turut digelar 'sifu perniagaan online' dan seringa mengadakan kelas bagi berkongsi ilmu kepada orang ramai. 



Menurut laporan Harian Metro, Hasil siasatan unit forensik khas KPDNKK Putrajaya berjaya memberkas jutawan muda ini. Walaupun tidak dinyatakan siapakan suspek yang ditangkap namun netizen juga nampaknya lebih pandai 'CSI' dan dapat mengagak siapa pemuda yang dimaksudkan. 

Di twitter, netizen dapat mengagak remaja berkenaan kerana sememangnya terkenal dan sangat aktif di media sosial. Netizen juga turut melakukan siasatan tersendiri berdasarkan gambar-gambar dalam laporan berita tersebut. 

Antaranya, netizen dapat mengesan lokasi apartment yang diserbu pihak KPDNKK adalah hampir sama dengan gambar yang pernah dikongsi oleh remaja terbabit. Malah kedudukan pintu masuk serta penapis air juga berada di tempat yang sama.






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.