Header Ads

'Mufti Tak Salah Pun, Tak Perlu Minta Maaf' - Ketua Pengarah JPJ Beri Penjelasan Permohonan Mufti Wilayah Persekutuan




'Tak buat salah buat apa nak minta maaf'. Itulah kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron ketika mengulas permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan di atas tindakannya yang membonceng motorsikal tanpa memakai topi keledar. 

Memetik laporan Mstar Online, Ketua Pengarah JPJ berkata seseorang itu dikecualikan memakai topi keledar atas faktor agama. 

'Ianya dibenarkan maka tidak menjadi isu. Tiada masalah bagi mereka (pemakai serban) untuk tidak memakai topi keledar sekiranya ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan.

Kalau nak rasa lebih selamat boleh buka serban dan pakai topi keledar tapi terpulang kepada kesedaran masing-masing'. 

Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.