Header Ads

Mufti Wilayah Persekutuan Mohon Maaf Pada JPJ Dan PDRM Sebab Tak Pakai Topi Keledar Ketika Naik Motor





Ini jarang kita dengar apabila mufti minta maaf kerana tidak pakai topi keledar ketika naik motor!

Mufti Wilayah Persekutuan dalam status Facebooknya menjelaskan tindakan beliau kerana terlibat dalam satu program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur pada Juammat petang. 

Mungkin ada yang ternampak kami membonceng motosikal tanpa memakai helmet sebentar tadi. 

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalan raya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,”

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga memuant naik foto dari arah belakang yang melihatkan beliau tidak memakai topi keledar ketika membonceng motorsikal dipercayai dirakam oleh orang awam. 

Beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada JPJ dan PDRM atas tindakan beliau itu. Tambahnya lagi beliau berharap tidak timbul sebarang salah faham mengenai kejadian tersebut. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.