Header Ads

Lelaki Warga Emas Maut Rentung Akibat Bakar Diri Sendiri





Seorang warga emas ditemui rentung di depan rumahnya di Taman Raya, Triang. Warga emas tersebut dikenali sebagai King Chun 72 tahun telah ditemui oleh penduduk taman tersebut dalam keadaan terbaring

Lelaki warga emas itu dipercayai mengambil jalan singkat untuk menamatkan riwayat hidupnya setelah tertekan dengan masalah peribadi yang melanda dirinya. 

Dari siasatan awal pihak polis, mangsa tidak bekerja dan tinggal seorang diri. Mangsa kemudiannya berdiri di tepi pagar bersama tong plastik berisi bahan api serta pemetik api. Lelaki itu kemudian mencurah semua bahan api kepada dirinya sebelum menyalakan api. 

“Mangsa terbakar 100 peratus dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum penduduk taman menemui mayat lelaki berkenaan terbaring di tepi pagar lalu menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera untuk meminta bantuan,” katanya.

Pihak polis akan bertemu dengan waris mangsa untuk ambil keterangan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.