Header Ads

'Budak Ni Langsung Tak Pernah Pergi Sekolah, Malah MyKad Pun Tiada'




Kadang-kadang kita sebagai manusia tidak pernah meluahkan rasa syukur dan mengambil perkara terlalu mudah. Perkara-perkara kecil seperti sebuah rumah untuk berteduh, pakaian yang bersih, katil yang empuk dan makanan yang sedap untuk memenuhkan perut yang lapar amat jarang bersyukur. 

Bagi seorang lelaki bernama Xu Jun Hao yang baru-baru ini berkawan dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun yang tidak pernah ke sekolah langsung kerana keluarga budak tersebut terlalu miskin sehingga dia terpaksa menahan kelaparan setiap malam. 

Setelah diselidik, budak tersebut membawa Xu pulang ke rumah dan terkejut melihat keadaan rumah budak lelaki tersebut yang dilanda kemiskinan dan keadaan rumah yang teruk. Ini apa yang ditulis oleh Xu dalam Facebooknya. 


'Kita sepatutnya rasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Saya tahu kenapa dia kelaparan, tengoklah keadaan rumahnya. Tiada gas dan dapur gas yang ada pun telah rosak.

"Bapa dia warganegara Malaysia tetapi dia tidak mempunyai wang untuk membuat MyKad. Malah dia berhutang dengan orang lain sebanyak RM300 dan sehingga dia berjaya mendapatkan MyKad nya sendiri. Tetapi anak dia tak dapat. 

"Saya kongsikan perkara ini kerana saya mahu membantu mereka dan saya juga berharap anda semua dapat membantu mereka. Tidak perlu beri sumbangan berbentuk wang ringgit kerana bapanya tiada akaun bank. 


"Bantuan yang mereka perlukan ialah, barangan keperluan harian. Marilah kita bersama-sama membantu mereka,"

Gambar-gambar yang dikongsi oleh Xu telah menarik perhatian ramai netizen dan ramai melahirkan rasa simpati dan ingin menolong dari segi wang ringgit serta makanan. 

Namun perkara pertama yang perlu dilakukan adalah membersihkan rumah budak itu terlebih dahulu kerana mempunyai banyak barang yang tidak berguna. Kepada yang sudi membantu boleh menghubungi Xu Jun Hao di Facebooknya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.