Header Ads

Wanita Warga Vietnam Dikejar Sebelum Maut Ditikam 6 Kali Di Badannya




Sadis! Seorang wanita Vietnam ditemui mati dengan enam kesan tikaman pada badannya di sebuah flat Taman Belimbing, Bukit Mertajam. 

Wanita Vietnam itu dikenali sebagai Tin Mar Moe, 28 tahun seorang pekerja kilang ditemui oleh penduduk berhampiran pada jam 8 malam tadi dengan keadaan tertiarap. 

Hasil rakaman CCTV, pihak polis mendapati wanita tersebut baru turun dari bas kilang sebelum dikejar lelaki yang kemudian menikam mangsa. 

Sepasukan polis Unit Anjing Pengesan (K9) yang tiba di lokasi berkenaan berjaya mengesan suspek yang sedang bersembunyi dalam parit 70 meter dari tempat kejadian.

"Suspek, yang berusia 26 tahun ditahan dan polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakannya untuk menikam mangsa.

"Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan motif kejadian masih disiasat," kata pihak polis. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.