Header Ads

Lelaki Korea Ini Tetap Cuba Laungkan Azan Di Masjid Incheon Walaupun Kurang Fasih




Agama Islam di Korea Selatan dianggap sebagai agama minoriti disana. Namun, suasana di masjid-masjid di Korea dikatakan amat meriah apabila kini ramai muslim berkunjung ke sana untuk memperbanyakkan amal ibadah. 

Terbaru, sebuah video yang dimuatnaik oleh Facebook Korean Muslimah memaparkan seorang lelaki dipercayai baru memeluk agama Islam cuba melaungkan azan di Masjid Al Huda, Incheon. 

Lelaki yang dikenali sebagai Emir Kim itu berjaya menarik ramai perhatian umat Islam dari seluruh dunia dan memuji semangat yang ditunjukkan beliau. Netizen terpegun dengan semangat lelaki itu untuk melaungkan azan walaupun masih belum fasih untuk melafazkannya. 

Emir Kim telah memeluk Islam pada November 2013 yang lalu dan sering mendalami ilmu agama di Masjid Al Huda berkenaan. 

Beliau dilihat sangat berbangga memeluk agama Islam dengan mengatakan dia kini merupakan seorang Muslim dan masih mendalami agama Islam. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.