Header Ads

Netizen Kutuk Buku 'Rapunzelilah' Tapi Ini Kisah Sebenar Buku Tersebut




Minggu lepas, gambar sebuah buku berbahasa Melayu menjadi viral di Facebook. Buku kanak-kanak itu merupakan versi Melayu kepada cerita klasik Rapunzel. 

Tetapi nama watak tersebut telah diubah kepada Rapunzelilah. Dari mempunyai rambut yang panjang, watak ini sebaliknya mempunyai tudung yang panjang! 

Tajuk buku yang dinamakan Tudung Rapunzelilah oleh Shah Bakri telah menjadi perbincangan hangat antara netizen Malaysia. Ramai di antara netizen mempunyai pendapat berlainan mengenai buku tersebut. 

Ada diantara mereka menganggap perilaku watak tersebut tidak mencerminkan pegangan agama hanya dengan berpandukan gambar tersebut. Namun ada yang tampil mempertahankan buku tersebut. 

Buku ini mengenai seorang gadis yang ingin menjadi seperti Rapunzel dan sangat meminati watak Rapunzel. Jadi dia membuat keputusan sendiri dengan membuat satu tudung yang sangat panjang kerana dia tidak boleh menyimpan rambut panjang. 


Bila difikirkan, kisah ini sebenarnya mengajar kanak-kanak bahawa kita perlu berusaha untuk mencapai impian kita tidak kira apa juga keadaannya. Oleh itu, janganlah kita menghukum sesuatu tanpa usul periksa. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.