Header Ads

Rakyat Malaysia Kini Boleh Semak Status Halal Dengan Cepat Hanya Guna Aplikasi Ini




Hari ini, Malaysia melancarkan sejenis aplikasi telefon pintar rasmi pertama yang dikenali sebagai "Verify Halal" yang membolehkan rakyat Malaysia menjalankan pengesahan status halal berhubung produk atau makanan yang ingin diguna pakai ketika membeli belah di mana-mana pasaraya di rantau ini. 

Memetik laporan Mstar, aplikasi tersebut mendapat kelulusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dibangunkan oleh Serunai Commerce menerusi kerjasama dengan agensi repositori (penyimpanan) produk dan jenama halal global, Global Halal Data Pool.


Menurut pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee ketika majlis pelancaran, aplikasi 'Verify Halal' tersebut tidak terhad kepada pangkalan data Jakim sahaja, malah ia juga melibatkan badan pensijilan halal antarabangsa yang diiktiraf Jakim dan yakin ianya dapat meningkatkan keyakinan pengguna. 

"Kami mahu aplikasi ini untuk menjadi rujukan utama jenama halal bagi pengguna muslim di peringkat global dan meningkatkan integriti industri halal,"  katanya. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.