Header Ads

Reaksi Wajah 'Masam Mencuka' Pope Bila Bertemu Donald Trump Tarik Perhatian Netizen




Laman sosial kini sedang dibanjiri dengan pelbagai imej atau meme menunjukkan bagaimana presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat begitu tidak disenangi oleh pemimpin Vatican, Pope Francis.

Gambar tersebut dirakamkan ketika lawatan Trump ke Vatican baru-baru ini. Ia merupakan kunjungan pertamanya ke luar negara selepas bergelar presiden Amerika Syarikat. 

Yang melucukan meskipun Trump cuba melahirkan wajah yang ceria dan senyuman paling ikhlas, namun sebaliknya Pope seolah-olah menunjukkan wajah yang sedang menahan perasaan marah dan kurang senang. 

Malah media turut melaporkan Pope cuba untuk tidak berbual dengan Trump sebelum temubual bersama pihak media. 

Situasi tersebut segera mendapat reaksi di laman sosial dan ramai netizen yang berkongsi pelbagai 'meme' yang melucukan. 

Ini termasuklah imej hantu yang turut disunting dan dimasukkan ke dalam gambar Trump bersama Pope tersebut. 

Terdapat juga meme yang menunjukkan bagaimana Pope kelihatan sangat teruja ketika pertemuan dengan ketua negara lain, namun segera menunjukkan wajah masam ketika bertemu Trump.

Anda boleh melihat sendiri koleksi gambar atau meme di bawah. Bagaimana, yang mana satu yang mencuit hati anda? - www.kakishare.my






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.