Header Ads

Rumah Berkunci Dan Tiada Orang, Budak Umur 4 Tahun Ini Kemudia Sedar Dirinya Telah Ditinggal Oleh Ibu Bapa




Agak memeranjatkan sesetengah ibu bapa sanggup meninggalkan anak sendiri seperti barangan terpakai. Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun telah ditinggalkan oleh ayahnya sendiri di sebuah tadika setelah ibunya juga turut melarikan diri dari keluarga bulan sebelumnya. 

Menurut Sin Chew, kanak-kanak malang itu bernama Xiao Rong yang tinggal di Zheijang bersama ayahnya. Kanak-kanak itu belajar di sebuah tadika berdekatan. 

Pada hari kejadian, Xiao Rong dihantar ke tadika berkenaan seperti biasa dan itulah hari terakhir kanak-kanak itu berjumpa dengan ayahnya. Pada waktu tengahari, ayahnya seperti biasa akan muncul untuk mengambil anaknya namun dia gagal berbuat demikian.  

Setelah menunggu hampir setengah jam, kanak-kanak itu mula menangis dan disedari oleh cikgunya, Looi. Cikgunya itu cuba untuk menelefon ayahnya tetapi ianya telah dimatikan. Pelbagai usaha dilakukan oleh cikgu tersebut untuk menghubungi bapa Xiao Rong namun tetap gagal.

Cikgu kanak-kanak itu memeriksa beg sekolahnya dan mendapati beg tersebut telah dipenuhi dengan baju untuk musim sejuk. Merasakan sesuatu yang tidak kena, cikgu Xiao Rong itu menghantar pulang ke rumah kanak-kanak tersebut. Malangnya, rumah tersebut berkunci dan tiada orang di rumah tersebut. 


Melihat keadaan tersebut, Xiao Rong memberitahu cikgunya bahawa ayahnya telah balik ke kampung di Gui Zhou. Selepas itu, Xiao Rong kelihatan tenang dan tidak menangis seperti telah menerima kenyataan bahawa dirinya telah ditinggal berseorangan oleh bapanya. 

Cikgunya tersebut kemudian membuat laporan polis dan menjaga Xiao Rong untuk sementara waktu. Keesokan harinya, seorang lagi cikgu tadika cuba menghubungi emak kanak-kanak itu dan agak terkejut apabila emaknya enggan bertanggungjawab dengan alasan akan dipukul oleh suaminya jika pulang ke rumah. 

Pada hari ketiga, pihak polis berjaya mengesan ibu bapa kanak-kanak tersebut dan mendapati ibu bapa Xiao Rong sedang menghadapi masalah rumah tangga. Polis memberitahu bahawa emaknya telah mendapat satu kerja baru manakala ayahnya telah pulang ke kampung dan enggan mengambil anaknya itu sekiranya isterinya tidak pulang ke rumah. 

Namun, ibu bapa Xiao Rong telah berjanji kepada pihak polis untuk berbaik semula dan mengambil Xiao Rong. Namun mengikut laporan Sin Chew,ibu bapa Xiao Rong masih lagi tidak kelihatan. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.