Header Ads

Shaheizy Sam Teruja Dapat Anak Macam Dapat "TOYS" , Syokla Ada "Geng"





Lama menyepi selepas berkahwin , tahniah shaheizy sam kehadiran orang baru dalam keluarga . Mesti seronok dan gembira .

Sejak bergelar bapa, pelakon Shaheizy Sam akui kehidupan beliau kini sudah berubah. Kini Sam lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga terutama sekali dengan cahaya matanya. Sebagai bapa, pelbagai perkara baharu yang beliau pelajari setiap hari.

Alhamdulillah kehidupan saya kini telah berubah kerana sebelum ini cuma berdua bersama isteri namun sekarang ini kami telah bertiga. Tidak dinafikan banyak perkara baru yang saya telah pelajari dan perkara itu membuatkan saya menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab.
Saya juga jadi seperti angau selepas mendapat anak ini kerana bila habis waktu kerja saya akan terus pulang awal untuk melihat anak di rumah. Perkara ini juga memotivasikan saya untuk bekerja lebih keras kerana saya ingin memberi kehidupan yang sempurna kepada keluarga pada masa depan.

Menurut Sam, anak lelakinya itu senang dijaga kerana tidak banyak ragam. Malah, bayi itu berada dalam keadaan yang sihat.
Ahamdulillah bayi saya tidak banyak ragam dan dia akan berjaga pada waktu pagi untuk menyusu namun dia tidak akan menangis dan akan termenung sahaja.

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mendirikan rumah tangga pada 7 Februari 2016 selepas enam tahun bercinta. Mereka menimang cahaya mata sulung lelaki pada 9 Mei lalu.

Sumber Berita : Astro Gempak disalin semula kakishare.my




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.