Header Ads

Siapa Yang Naik Grab Dengan Pakcik Ini Pasti Akan Terkejut Dapat Air, Gula-Gula Dan Boleh Cas Telefon Secara Percuma




Perkhidmatan Uber dan Grab sudah menjadi pilihan utama selain dari pengangkutan awam yang sedia ada. Ramai juga rakyat memilih untuk menjadi pemandu Uber dan Grab untuk mencari pendapatan sampingan dan ada juga menjadikannya sebagai pendapatan utama. 

Baru-baru ini di Singapura, seorang pemandu Grab telah menjadi viral kerana menawarkan pelbagai kemudahan untuk penumpangnya. Pemandu Grab tersebut menyediakan pelbagai jenis air, kemudahan cas telefon dan sebagainya. Dengan semakin ramai yang memandu untuk Uber dan Grab sudah pasti ada persaingan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. 


Terbaru, pemandu Grab bernama Abu Talib bin Mohd Ali ini menjadi viral di media sosial sejak semalam kerana menawarkan kemudahan yang kreatif dan menarik untuk para pelanggan yang menggunakan khidmatnya. Beliau turut menawarkan gula-gula, air dan khidmat mengecas telefon semuanya secara percuma. 

Poster yang diletakkan di belakang bahagian tempat duduk penumpang melihatkan 'Hi, Saya Abu Talib. Jika anda memerlukan sesuatu sila beritahu saya'. Mungkin disebabkan nilai tambah yang tiada pada perkhidmatan teksi membuatkan Uber dan Grab menjadi pilihan pengguna selain kenderaan yang selesa dan selamat. 

Memang bernasib baik kalau dapat menggunakan perkhidmatan Grab dengan Abu Talib. Jangan lupa beri lima bintang kepada pemandu in ya! - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.