Header Ads

'Suami Sanggup Tipu Tandatangan Saya Hanya Kerana Nak Kahwin Lagi Satu'



Gambar | HM

Nak kahwin lagi satu punya pasal! Seorang suami sanggup memalsukan dokumen dan tandatangan isterinya untuk berkahwin dua. 

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Lin berasa amat kecewa dengan tindakan suaminya itu. Katanya: 

“Saya pasti akan akur dengan keputusan mahkamah jika hakim membuat penilaian mendapati suami berkemampuan untuk berpoligami. Malah, saya tidak ada masalah kalau suami ikut cara betul ketika mahu berpoligami.

“Sekarang apa yang dilakukan amat mengecewakan saya,”

Pada Ogos tahun lalu, dia mendapat tahu dari satu panggilan telefon dan SMS bahawa suaminya itu telah berkahwin di Johor menyebabkan dia terkejut.

Pada mulanya dia berasa sangsi sehingga dia dan rakannya membuat siasatan sendiri sehingga perbuatan suaminya itu terbongkar antaranya memalsukan tandatangan serta beberapa butiran yang tidak mengikut syarat poligami yang telah ditetapkan oleh mahkamah syariah. 

Wanita itu juga mendakwa suaminya mungkin mendapat bantuan dari 'orang dalam' untuk menguruskan hal perkahwinan suaminya itu. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.