Header Ads

Kanak-Kanak Ini Berusia 10 Tahun Namun Beratnya Mencecah 190KG!




Mengejutkan! Kanak-kanak ini hanya berusia 10 tahun namun berat badannya kini sudah mencecah 190kg!

Ayra Permana yang berasal dari Jawa Barat menjadi gemuk kerana ketagih kepada makanan terutamanya minuman bergas dan mi segera. 

Walaupun Ayra makan lima kali sehari tetapi dia tetap mengadu kelaparan. Doktor yang merawat Ayra memaksa kanak-kanak itu untuk menjalani rutin diet sihat namun tidak berjaya dan akhirnya doktor telah menjalankan pembedahan bariatrik untuk mengecilkan perutnya. 

Sebelum ini Arya mampu untuk makan lima bungkus mi segera, beberapa botol air bergas, nasi, ikan, daging, sup sayur dan tempe. 

Kerana terlalu berat sehingga menyebabkan dia sukar untuk berdiri dan bergerak Arya tidak bersekolah dan hanya menghabiskan masa di rumah dan mandi di dalam kolam kecil. 

Dr Handy yang merawat Arya berkata, kanak-kanak itu mungkin akan membawa kematian jika tiada tindakan di ambil untuk menurunkan beratnya itu. Dia berharap dapat menurunkan berat bada Arya di bawah 100kg dalam masa setahun. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.