Header Ads

Kisah Bekas Ketua Mafia Ini Buat Mufti Wilayah Persekutuan Tersentuh Hati




Hidayah itu milik Allah. Siapa sangka dahulunya lelaki ini sangat digeruni kerana bergelar ketua mafia. Lelaki ini terlibat dalam pelbagai jenis jenayah terutama senjata api dan dadah. 

Bagi Vince Focarelli atau nama Islamnya Abdul Salam, 42 dari Australia kehidupannya berubah setelah mendapat hidayah dan memeluk agama Islam. 

Hidup beliau juga pernah berdepan dengan enam kali cubaan membunuh dirinya. Beliau juga sanggup mencederakan seorang pelanggan yang ketagih dadah sehingga patah tulang pipi kerana hutang berjumlah AS$225 (RM962).

Dia juga pernah mengetuai geng motosikal Comanchera dan pernah dipenjara kerana kesalahan senjata api dan dadah. Focarelli juga terselamat dalam beberapa cubaan membunuh dan pernah ditembak tetapi hanya cedera kecil. Namun dalam satu lagi cubaan membunuhnya telah meragut nyawa anak lelakinya pada tahun 2012. 

Beliau kini yang menjalani kehidupan baru dan membuka sebuah restoran di samping menyumbang makanan kepada gelandangan dan membantu sesiapa yang memerlukan bantuan. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.