Header Ads

Nasi Campur RM32: Lelaki Bakal Saman Pengusaha Warung Kerana Fitnah Sorok Sotong Dalam Makanan




Sejak beberapa hari lepas, kisah nasi campur RM32 heboh diperkatakan oleh netizen. Lelaki tersebut, Syed Ikram berkongsi kisahnya kerana terkejut dengan caj yang terlampau mahal kerana ianya sekadar warung dan saiz lauk juga sangat kecil. 

Selepas status Syed Ikram menjadi viral, pengusaha warung tersebut Liza Musid tampil memberi penjelasan dan mendakwa harga sotong dan udang galah sudah tertera di sepanduk kedai makannya. 


Namun, Syed Ikram sekali lagi membidas kenyataan Liza Musid bahawa dia hanya mengambil dua potongan sotong seperti di dalam gambar. Beliau mendakwa harga yang ditulis di sepanduk kedainya adalah untuk seekor sotong. 

Dalam laporan Harian Metro semalam, Liza mendakwa Syed Ikram menyembunyikan sepotong lagi sotong dalam pinggan nasi dan saiz udang galah gred A adalah lebih besar dari gambar yang dikongsikan oleh lelaki tu. 


Oleh itu, Syed Ikram telah membuat laporan kepada KPDNKK dan mendakwa pengusaha makanan itu telah memfitnahnya. Dia memberitahu tidak berniat untuk menjatuhkan perniagaan wanita tersebut dan hanya mahu orang ramai supaya berwaspada dengan harga apabila ke kedai berkenaan. 

Syed juga terkilan kerana dituduh 'mencuri' sotong ketika makan di gerai tersebut. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.