Header Ads

'Tanya Soalan Pun Marah?' - Pemandu Pelancong Tiba-Tiba Melenting Bila Ditanya Soalan Oleh Pelanggan




Pergi bercuti sepatutnya menjadi satu pengalaman yang menarik kerana ingin melepaskan penat lelah bekerja juga kesibukan hidup di kota. Semestinya kita mahu menikmati percutian dan menenangkan fikiran. 

Namun tak semuanya indah-indah belaka. Bagi sekumpulan pelancong ke Pulau Perhentian ini mereka mengalami satu penglaman buruk selepas membeli satu pakej pecutian dari seorang agen pelancongan. 

Dalam satu perkongsian yang dimuat naik di Facebook, mereka menulis:

Kepada yang ada plan nak pi melancong kat Pulau Perhentian diharap elak guna agen ni, bukan nak tutup periuk nasi mamat baran tu tapi ampa nilai la sendiri. Menyirap tengok aih!

Dalam video tersebut, lelaki yang dipercaya sebagai pemandu pelancong telah membawa sekumpulan pelancong wanita ke pulau tersebut untuk bercuti. Apabila salah seorang gadis cuba untuk bertanyakan soalan, lelaki tersebut tiba-tiba hilang sabar. 


Netizen yang menonton video tersebut juga marah dengan sikap pemandu pelancong yang sepatutnya memberikan layanan yang baik terhadap pelanggan mereka dan mengkritik sikap lelaki tersebut. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.