Header Ads

Tindakan Majikan Ini Dera Pekerja OKU Undang Kemarahan Netizen




Melampau sungguh! Tindakan seorang majikan ini boleh dikatakan sangat tidak berperikemanusiaan langsung. Rakaman video yang menjadi viral di media sosial telah memaparkan seorang pekerja restoran yang dikatakan sebagai OKU dipukul oleh majikannya. 

Dalam satu laporan Sinar Harian, kejadian berlaku pada petang Sabtu lalu. Mangsa yang sedang bekerja telah dipanggil oleh majikannya dan ditampar dua lelaki dan salah seorangnya adalah anak saudara majikannya. 


Mangsa juga turut dilempar kata-kata ugutan dan sebelum ini dilaporkan pernah dipukul oleh majikannya namun tiada laporan polis dibuat sebelum ini. Punca kejadian tersebut kerana mangsa dikatakan tidak mengikut arahan majikannya itu. 

Mangsa telah pergi ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan disebabkan dipukul namun tiada sebarang kecederaan serius yang dialami ketika ini. Laporan polis juga telah dibuat kerana rakaman CCTV tersebut telah menjadi viral di media sosial dan mengundang kemarahan orang ramai setelah menonton video berkenaan. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.