Header Ads

Tragis! Bayi Minum Susu Ibu Yang Telah Meninggal Dunia




Tragis sungguh berita ini. Seorang bayi yang berusia 17 bulan dijumpai sedang menghisap susu ibunya yang telah meninggal dunia. 

Bayi tersebut dijumpai apabila seorang lelaki melaporkan kepada pihak polis apabila menemui seorang mayat wanita berhampiran landasan kereta api di daerah Damoh, Madhya Pradesh, India. 

Seorang saksi di tempat kejadian Monu Balmiki memberitahu 

"Kami melihat seorang wanita terbaring dekat landasan kereta api dan menghubungi polis.

"Tetapi bila kami mendekati mayat, kami melihat seorang bayi sedang menangis sambil menghisap susu dari badan mayat itu. Apa yang berlaku menyebabkan kami menitiskan air mata,"

"Anak kecil itu menangis apabila ibunya tidak menghiraukannya, dia kemudian mula memegang dan minum susu badan 

"Kami terkejut melihatnya, ia sangat menyedihkan. Wanita itu mati terbaring manakala anaknya terlentok sambil menangis di sebelahnya.

Mayat wanit berkenaan dihantar ke hospital untuk beda siasat dan pihak polis mengesyaki wanita berkenaan terbabit dengan kemalangan. 

Kanak-kanak tersebut pula ditempatkan di sebuah pusat anak yatim selepas mendapat rawatan di hospital sehingga pihak polis mengesan keluarganya. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.