Header Ads

Wanita Hamil Dirompak Pemandu UBER Ketika Pulang Ke Rumah Dari Mid Valley




Perkhidmatan Uber dan Grab telah banyak memberi kesenangan dan keselesaan kepada pengguna. Mungkin ramai diantara kita pernah menggunakan perkhidmatan ini dan seperti pengangkutan awam yang lain seperti teksi sudah pasti ada pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. 

Seorang pengguna Facebook, Eddy Ong baru-baru ini telah berkongsi pengalaman menolong seorang pengguna Uber yang telah dirompak oleh pemandu Uber yang telah ditempah. 

Ketika beliau dalam perjalanan pulang ke rumah, Eddy terserempak dengan seorang wanita yang sedang mengandung meminta tolong di satu persimpangan jalan berdekatan One Puchong. Kerana prihatin melihat wanita berkenaan Eddy memberhentikan keretanya untuk menghulurkan bantuan. 

Wanita berkenaan memberitahu dirinya telah dirompak oleh pemandu Uber dan diugut menggunakan pisau oleh rakan pemandu tersebut. Wanita tersebut merayu demi keselamatan diri dan anak dalam kandungannya dan perompak tersebut melepaskan wanita berkenaan. 



Eddy juga telah menghantar wanita berkenaan ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis dan meminta suami wanita berkenaan untuk tunggu di balai polis tersebut. 

Wanita tersebut juga sempat menghantar maklumat pemandu Uber tersebut kepada suaminya sebelum menaiki kereta berkenaan. Wanita itu mendedahkan bahawa dirinya sering menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pulang ke rumah dan tidak pernah terfikir menjadi mangsa rompakan. 

Wanita tersebut kehilangan barang peribadi seperti cincin, gelang, telefon bimbit serta jam tangan. Semoga pengguna tak kira Uber, Grab ataupun teksi terutama wanita supaya mengambil langkah berjaga-jaga sebelum menggunakan perkhidmatan tersebut. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.