Header Ads

Wanita Ini Bagi Kejutan Paling Istimewa Buat Suaminya, Sebuah Kereta Evo 6




Sebagai pasangan suami isteri sudah tentu kita akan buat apa saja yang termampu untuk membahagiakan pasangan masing-masing. Ini termasuklah juga kepada seorang isteri ini. 

Beberapa hari lalu, sebuah video menjadi viral di laman sosial Facebook yang merakamkan kebahagian sepasang suami isteri. 

Dalam video tersebut, dapat dilihat si suami sedang duduk di sebuah restoran dan tidak mengesyaki apa-apa walaupun salah seorang rakannya sedang merakam video. 

Kemudian sebuah kereta Evo 6 warna kuning dilihat masuk ke tempat letak kereta yang menyebabkan suami tersenyum sebelum menyambut kawannya yang membawa kereta tersebut. 

Ketika itu si suami masih tidak mengesyaki apa-apa sehingga ternampak si isteri berjalan dan menunjukkan isyarat bahawa kereta Evo 6 tadi adalah miliknya!

Si suami yang sedang teruja memeluk dan berterima kasih kepada isteri sambil mengambil kunci dari isterinya. Netizen yang menonton video ini turut berbangga dan terharu dengan tindakan si isteri tersebut. 

Walau apapun tak kisahlah hadiah apapun yang penting hati mesti ikhlas menyayangi pasangan masing-masing. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.