Header Ads

[VIDEO] Benarkah Wang Tulen Atau Palsu?




Baru-baru ini sebuah video sekumpulan pelancong asing yang menggenggam beberapa ikatan mata wang Ringgit Malaysia semasa menaiki sebuah bas persiaran telah menjadi bualan netizen serta menimbulkan banyak tanda tanya. 

Dalam rakaman tersebut seorang wanita dipercaya pemandu pelancong sedang bercakap dengan penumpang di dalam bas tersebut dalam bahasa mandarin. Kemudian seorang lelaki menunjukkan sejumlah wang RM50 yang diikat dengan getah sebelum aksinya ditiru oleh penumpang yang lain. 

Pemandu pelancong itu dipercayai berkata "Esok dan lusa kami sekeluarga dari China akan pergi ke Malaysia untuk membeli emas. Tengoklah, inilah perbelanjaan kami,"

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, sebuah bilik yang dipenuhi dengan not RM50 dan RM100 dikeluarkan daripada beberapa kotak. Dalam video terbabit 3 orang lelaki berada dalam bilik berkenaan untuk menyusun semua wang itu. 

Namun tidak dapat dipastikan sama ada duit tersebut adalah palsu atau tulin. Video rakaman tersebut telah mulai tular di media sosial sejak semalam dan telah ditonton lebih 600 ribu kali. - www.kakishare.my



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.