Header Ads

Al-Fatihah , Langgar Lari Masa Hujan Lebat Saksi Kejadian Diminta Tampil Bantu Siasatan






POLIS trafik Selangor mencari saksi kejadian langgar lari di Kilometer 17 NKVE, dekat Damansara, Sabtu lalu yang menyebabkan pelajar perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sungai Buloh, maut.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, Muhammed Anas Abdul Wahab, 22, maut di lokasi selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Pegawai Turus Trafik Selangor Deputi Superintendan Sahimi Husin berkata, mangsa dipercayai dari kolejnya di Sungai Buloh ke Kapar, Klang.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa hilang kawalan. Ketika kejadian jalan raya dalam keadaan basah.


"Sebuah kereta yang tidak dapat dikenal pasti dari arah belakang merempuh mangsa," katanya.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, mangsa parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi, manakala kenderaan yang melanggarnya melarikan diri.

"Mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

"Justeru, polis meminta orang ramai yang berada di lokasi dan melihat kejadian tampil memberikan maklumat untuk mengesan pemandu kereta yang melanggar mangsa," katanya

sumber : harianmetro
.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.