Header Ads

Lembu Dipakaikan Jalur Bercahaya Elak Kemalangan



India - Polis di Madhya Pradesh, India mengambil inisiatif memakaikan jalur bercahaya dalam gelap kepada haiwan ternakan termasuk lembu bagi mengelakkan daripada dilanggar oleh pemandu-pemandu kenderaan di sana.


Langkah itu terpaksa diambil memandangkan jumlah kemalangan yang membabitkan haiwan tersebut dilaporkan semakin meningkat.

“Ramai pemandu yang cedera atau terbunuh selepas terlanggar atau dirempuh oleh haiwan-haiwan ini pada waktu malam. Jadi, ini merupakan sebahagian daripada langkah untuk mencegah kemalangan seperti ini daripada terus berlaku,” kata seorang pegawai polis di Balaghat, Kailash Chaulan. - AFP


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.