Header Ads

'Apa Dosa Kucing Tu Kat Ampa?' - Kucing Mati Diracun Buat Netizen Sedih Dan Bengang




Kucing merupakan haiwan yang comel dan mampu untuk mengurangkan tekanan kehidupan kepada manusia. Namun, tidak semua orang meminati haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW ini. Ada segelintir orang yang tidak suka akan kucing sehingga sanggup menyepak haiwan tersebut walaupun kucing tersebut hanya meminta sedikit makanan. 

Selain itu, sering kali kita terdengar kisah kucing diracun atau didera oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan. Ini selalu terjadi apabila kucing yang dibela tidak disukai oleh jiran tetangga. 

Ada juga yang berdebat menyalahkan pemilik haiwan kerana tidak pandai menjaga kucing peliharaan kerana selalu 'berak' merata di kawasan rumah jiran sebagai contoh. Namun harus diingati kucing tidak mempunyai akal untuk membezakan yang mana betul atau salah. 

Inilah yang terjadi pada Nur Jehan yang berkongsi kisah mengenai kucing kesayangannya di akaun Facebooknya. Bobby dikatakan telah diracun oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 


Bulan mulia macam nie pon masih ada manusia yg kejam macam nie. Buat kami hilang sabaq. Kenapa wujud manusia kejam macam nie?? 

Dah bapa banyak kucing kami ampa racun?? jangan kata kucing, ayam pon ampa racun. Apa dosa depa nie kt mpa?? Kami bela elok dari kecik kami kutip. Macam nie ampa buat kat makhluk tuhan. 

Kt dunia mungkin ampa tlepas, akhirat merangkak laa sebab seksa binatang. Takpa laa bobby, pegi laa tenang kt sana. Hidup kt dunia pon tak bebas. tadak dah kucing yg slalu korek2 bawah pintu bilik aku nak masuk tdoq, tada dah manja2 gigit2 tgn kaki aku mntak makan. 

Aku punya la risau teringatkan dia sbb nk kna tggal dia bila aku dh kawen nnt, tp dia tinggal aku dulu. bye bobby


Walaupun kita tidak suka kepada kucing atau apa juga jenis haiwan, tapi janganlah bertindak seperti haiwan yang tidak mempunyai akal fikiran. Menggunakan racun untuk membunuh haiwan adalah satu perlakuan yang tidak berhati perut. Kemana hilangnya sifat berperikemanusiaan? 


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.