"Bukan salah saya, tapi saya juga terasa hati. Saya penat-penat jaga hubungan..." - Aiman Tino
Ini satu isu tentang penyanyi baru Aiman Tino. Dikatakan penyanyi ini meletakkan harga yang amat tinggi seterusnya membuatkan ada pihak yang tidak berpuashati.
Hal ini menyebabkan Aiman Tino membuka mulut dengan permohonan maaf secara terbuka selian menyatakan kekesalan terhadap pihak pengurusannya yang terdahulu.
Aiman mengulas tentang laporan yang mendakwa pengurusannya meletakkan harga tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan penyanyi sedang popular itu.
Kata Aiman, wakil pengurusan sepatutnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan berhemah kerana mereka mewakili nama seseorang artis.
Aiman berkata, dia tidak bersalah dalam perkara tersebut, namun berasa bertanggungjawab untuk meminta maaf kepada pihak yang terasa hati.
Ini komen Aiman Tino:
"Bukan salah saya, tapi saya juga terasa hati. Saya penat-penat jaga hubungan baik dengan media tapi ada pula yang merosakkannya.
"Kalau mereka tidak mahu minta maaf biarlah saya dengan rendah diri minta maaf kepada semua yang terasa,"
"Saya sudah beritahu jangan terlalu pentingkan pasal duit, saya sendiri tidak kisah terutama melibatkan media. Saya harap mereka melakukan urusan itu dengan baik bukan cara yang tidak bertolak-ansur,"
Dalam pada itu, Aiman berkata, dia sendiri kesal kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan bekas pengurus di media sosial yang menghentam pihak media.
Ini kenyataan dari Aiman lagi:
"Perkara itu merosakkan reputasi saya. Tapi tidak mengapa saya sekarang sudah diuruskan oleh pengurus lain,"
Sebelum ini, ada laporan mengatakan pihak pengurusan Aiman tidak mahu bertolak ansur ketika diminta tawar-menawar terhadap harga berkenaan.
Pihak pengurusannya berkata, penyanyi itu layak menerima bayaran tinggi berdasarkan populariti, nilai komersial dan permintaan terhadapnya.
Untuk pengetahuan, harga bayaran untuk Aiman mengadakan persembahan di sekitar Kuala Lumpur serendah RM6,000.
Sumber: mStar
Post a Comment