'Bukan Setakat Basuh Pinggan, Bakar Lemang Pun Boleh'
Terbaru, trending di Twitter apabila seorang pengguna dengan nama @amrhdzmn mempersoalkan ciri baju kurung yang tampak lawa tapi adakah ianya praktikal untuk dipakai.
Rekaan baju oleh Hijabista Hub ini menjadi bualan netizen di Twitter dan menyedari perkara itu, pihaknya itu mengeluarkan kenyataan menjelaskan rekaannya yang unik itu.
"Di Twitter dan Facebook, viral pasal baju raya Marre Pleated Kurung ini 'lawa tapi macam mana nak basuh pinggan'.
"Kalau nak tahu, di dalamnya ada full inner (lengan panjang). Jadi, bukannya terangkat terus tak ada apa-apa di dalam.
"Bukan setakat basuh pinggan, nak pergi bakar lemang, tebang buluh, buat lemang pun boleh tau,"
Pihaknya juga memuat naik satu video untuk membuktikan mereka yang memakai baju kurung tersebut boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti membasuh pinggan malah dalam video tersebut model tersebut turut menyapu, memasang lampu pelita dan menaiki basikal tanpa masalah.
Walaupun penjelasan telah diberi oleh pihak Hijabista, terdapat segelintir yang masih tidak berpuas hati dan ada juga yang merasa geli hati dengan penjelasan pihak Hijabista itu.
Walau apapun juga pandangan netizen, tepuk dada tanya selera. - www.kakishare.my
Post a Comment