Cubaan Halau Burung Guna Batang Aluminium , Penyelia Kritikal Disambar Voltan Tinggi
Gara-gara cuba menghalau burung menggunakan batang aluminium berhampiran dengan kabel elektik milik KTM, seorang penyelia pembersihan kritikal selepas disambar arus elektrik bervoltan tinggi di Stesen KTM Sentul di sini, pagi tadi, lapor Berita Harian.
Kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Suhaidi, 47, seorang pekerja kontraktor kebersihan dikatakan menjolok sesuatu menggunakan batang aluminium semasam melakukan kerja pembersihan.
Menurut jurucakap KTM Sentul, ada pihak yang mendakwa dia cuba menghalau burung menggunakan batang aluminium berkenaan.
"Tindakan mangsa menggunakan besi aluminium itu membolehkan arus elektrik mengalir dan merenjat tubuhnya. Difahamkan mangsa mengalami lecur 80 peratus pada tubuhnya.
"Pihak KTM sedang menjalankan siasatan berhubung punca sebenar kejadian itu," katanya yang turut memaklumkan mangsa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan.
Sejak pagi tadi telah tersebat satu rakaman video yang menunjukkan mangsa terbaring dibantu petugas perubatan viral di media sosial sejak beberapa jam lalu. - kakishare.my
Post a Comment