Header Ads

'Dah Kenapa Terjoget Macam Kena Sampuk Je..Dalam Masjid Pulak Tu'




Dah kenapa terjoget-joget dalam masjid tu? Satu video yang memaparkan jemaah lelaki dan wanita berjoget seperti tersampuk beramai-ramai di dalam masjid menjadi viral di laman sosial Facebook sejak semalam. 

Rakaman video tersebut melihatkan puluhan jemaah wanita yang berpakaian telekung berada di saf belakang jemaah lelaki seperti biasa yang kita lihat ketika solat berjemaah di dalam masjid. 

Dari video tersebut apa yang menggemparkan netizen apabila kesemua jemaah tersebut dilihat seperti sedang berjoget beramai-ramai sambil melafazkan kalimah atau perkataan secara serentak namun tidak begitu jelas sebutannya. 

Lihat video yang menjadi viral tersebut di bawah ini. 



Tindakan jemaah ini menyebabkan netizen yang menonton video tersebut bengang kerana perbuatan tersebut dianggap sesat kerana ianya di luar kebiasaan umat Islam di Malaysia selain ianya juga bukanlah amalan ibadah dalam ajaran Islam. 

Namun tidak dapat dipastikan dimana dan bila video tersebut dirakam. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.