Header Ads

'Dah La Tak Bagi Signal, Lepas Tu Kurang Ajar Pula' - Lelaki Tak Bagi Signal Salahkan Orang Lain Langgar Keretanya




Tidak menggunakan lampu signal semasa membelok atau menukar laluan merupakan antara salah satu penyumbang utama berlakunya kemalangan di negara kita. Padahal setiap kenderaan mempunyai lampu signal supaya pengguna jalan raya yang lain boleh tahu apa yang ingin kita lakukan. 

Memotong kenderaan lain di hadapan kita ada caranya dan penulis percaya anda telah diajar cara-cara menggunakan lampu signal jika anda sudah mempunyai lesen memandu. Bukan boleh potong macam tu je tanpa memberi isyarat kepada pemandu lain. 

Lagipun, bukan semua orang faham niat kita kalau kita tak bagi isyarat yang sepatutnya. Jika bernasib baik, mungkin tidak akan berlaku apa-apa yang tidak diingini. Namun, jika sebaliknya pasti akan merbahayakan nyawa sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

Sebuah video yang memaparkan satu pertengkaran mulut berpunca daripada tidak menggunakan lampu signal kini hangat diperkatakan di media sosial.


"Abang tak bagi signal lepas tu main masuk je lorong saya. Bila dah terlanggar lepas tu abang kurang ajar, tunjuk butoh (jari tengah) kat saya" kata salah seorang lelaki.

"Sekarang ni aku dah masuk separuh jalan tapi kenapa kau tak brake, berhenti sekejap ke tak boleh ke. Ni main tekan minyak je" tegas lelaki yang tidak menggunakan lampu signal. 

Sikap "cerdik sombong" kita kadang-kadang boleh mengundang padah dan menyusahkan orang lain. Jadi kesimpulannya ringan-ringankanlah tangan menggunakan lampu signal setiap kali ingin menukar laluan atau memasuki simpang, bukan susah pun kan.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.