Header Ads

'Drive Thru' Ponteng Puasa Di Perak, Netizen Positif



Netizen positif, tidak terlalu cepat menjatuhkan hukuman, netizen bersangka baik atas satu kejadian viral 1 lokasi popular untuk umat islam yang tak bertanggungjawab ponteng puasa di bulan ramadhan di ibu negeri Perak. Lapor Perak Today hari ini, menerusi tinjauan yang dilakukan pada pukul 12 tengah hari semalam, kehadiran beberapa buah kenderaan yang menunggu seakan-akan 'drive thru' menimbulkan tanda tanya orang ramai. 

 Sedangkan deretan pelbagai kenderaan terbabit menunggu di luar restoran, beberapa pelayan keluar menghantar bungkusan ke setiap kenderaan yang sedang menanti. Yang menariknya pelanggan pula tidak perlu bersusah payah keluar dari kenderaan untuk mendapatkan pesanan.
Berikutan dengan itu menurut salah seorang pengguna media sosial, restoran itu dimiliki oleh seorang lelaki berbangsa Cina dan hidangan Nasi Kandar Ayam Merah serta Nasi Ganja antara menu terlaris di premis itu setakat ini. 

 Malahan, restoran tidak bertanggungjawab itu sering dikunjungi oleh pelanggan daripada pelbagai latar belakang dan agama setiap hari. Isu itu mengundang perdebatan hebat di laman sosial Facebook rasmi Perak Today sejak semalam. "Puasa atau tidak, itu masalah mereka. Asalkan bukan makan di khalayak ramai, sudah. Tak salah di sisi undang-undang syariah negeri. Bukan hak kita untuk menghakimi orang lain," tulis Shaifuzan Bahari. 

 "Kalau waktu tengah hari orang membeli sebab ada ruang waktu, pukul 5 selepas habis waktu kerja balik rumah terus untuk berbuka puasa. Apa masalahnya?" getus Mira Kafley. 

 Anggerik Ladybird pula anggap hidangan itu dibelikan untuk individu lain. Tulisnya; "Kadang-kadang yang datang beli bukan untuk dirinya tetapi mungkin untuk isteri yang uzur atau anak-anak."


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.