Isteri-isteri ulama terhebat pun berkemban
Shah Alam: Aktivis Projek Dialog, Maryam Lee berkongsi beberapa lukisan-lukisan lama yang menunjukkan cara berpakaian wanita Melayu tradisional yang berkemban dan mendakwa ini juga adalah amalan isteri-isteri para ulama silam. Kata Maryam lagi, ini adalah cara pemakaian terhormat dan bermaruah.
Pameran di Balai Seni Visual Negara. Absolutely love love love how our peasant Malay women are depicted with honour and dignity <3 pic.twitter.com/S3SFbTxfBG— Mrym. (@mrymler) June 12, 2017
Beliau yang kini memilih untuk tidak bertudung menyatakan bahawa, amalan bertudung adalah isu khilaf di kalangan ulama. Menurutnya lagi, terdapat pilihan untuk tidak bertudung walaupun ianya pendapat minoriti.
Mitos. Itu bukan "zaman jahiliyah". Isteri-isteri ulama juga berpakaian seperti ini dan pakaian mereka ini adalah terhormat. https://t.co/SX2JTlLSPi— Mrym. (@mrymler) June 12, 2017
Beliau juga mendakwa bahawa budaya tidak menutup kepala sebenarnya telah ditenggelamkan dan beliau hanya membawanya kembali ke perhatian umum. Sehubungan dengan itu Maryam membela pendapatnya dengan berkata, “Saya tidak menentang Islam. Saya hanya mengembalikan apa yang telah disorokkan ke permukaan.” Kata-kata itu diakhiri dengan frasa “Let There Be Light”, sebuah firman terkenal yang berasal dari kitab Genesis bab 1 ayat 3 Bible, sebaik Tuhan mahu yang terang menyuluh kegelapan.
Contrary to accusations, I am not going against Islam. I am simply bringing back what has been repressed to the surface. Let there be light!— Mrym. (@mrymler) May 25, 2017
Ramadhan lepas, Maryam Lee menimbulkan kontroversi dengan melakukan provokasi makan di khalayak ramai pada ketika umat Islam sedang berpuasa. Beliau yang ketika itu masih bertudung, melakukannya untuk mendapatkan perhatian supaya umat Islam di Malaysia memberi tumpuan kepada sejenis iktikad agama yang dipegangnya. Projek Dialog merupakan satu Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang antara lain berjuang untuk kebebasan beragama di Malaysia dan turut mendapat khidmat nasihat dari Dr. Faizal Musa (Faisal Tehrani), Marina Mahathir, dan Pastor Sivin Kit. Pastor Sivin Kit sering mengadakan program bersama belia Melayu Islam di dalam dan luar gereja.
Post a Comment