'Jika Tak Boleh Tolong, Jangan Balik Kampung!' - Chef Wan "Sound" Anak Buah Pemalas, Netizen Setuju Anak Muda Zaman Sekarang Pemalas
Bagi peminat Chef Wan sudah pasti akan tahu akan kelantangan beliau ketika 'melahar' apa sahaja yang tidak kena di matanya. Namun, dari segi apa yang dimuat naik sudah pasti ada kebenarannya dan walaupun ianya 'kasar' tapi ianya sebagai pedoman untuk kita semua.
Jika tahun lepas Chef Wan lantang mengkritik anak-anak saudaranya, hakikatnya ianya berlaku kepada setiap keluarga yang pulang ke kampung berhari raya. Sekali lagi tahun ini Chef Wan memuat naik gambar di laman IGnya berserta kapsyen yang agak 'kasar'.
Apa yang menarik ialah setiap kali berkumpul di kampung sudah pasti ada anak buah yang pemalas untuk membantu mengemas rumah. Ada yang lebih suka menonton TV ataupun melekat dengan telefon bimbit. Itulah apa yang Chef Wan cuba sampaikan kepada masyarakat terutama anak-anak muda zaman sekarang. - www.kakishare.my
Post a Comment