Header Ads

[ KECEWA ] Zizan Razak Kena "Friendzone" Dengan Mira Filzah , Tapi Ayat Mira Memang Padu !






Sering dikaitkan dengan ramai pelakon wanita , Zizan Razak kini dikatakan mesra dengan Mira Filzah , hal ini kerana Zizan sering bersama Mira dan menampakkan kemesraan mereka di lama sosial dengan perkataan sayang-sayang . Adakah itu sekadar satu publisiti atau kebenaran ?

Namun baru-baru ini , Mira ada membuat kenyataan bahawa hubungannya dengan Zizan hanyalah sebagai kawan dan tidak mungkin akan lebih dari itu . Kenapa macam tu Mira ? Dah berpunya ke ?


Tidak mahu terus terlibat dengan kontroversi percintaan lagi, Mira Filzah menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perasaan cinta terhadap Zizan.

Maaf, cinta saya pada waktu ini bukan pada Zizan, bukan juga pada lelaki lain. Tak mungkin saya bercinta pada waktu sebegini kerana saya lebih selesa solo begini. Lagipun, saya tidak mempunyai waktu yang banyak untuk bercinta. Masa saya banyak dihabiskan dengan bekerja semata-mata. Selebihnya bersama keluarga tersayang.

Kalau pun ada pihak yang mahu saya bercinta dengan Zizan, perkara itu tidak mungkin berlaku. Saya selesa berkawan saja, tidak lebih daripada itu.

Nampaknya kenyataan Mira ini sudah cukup jelas memberitahu beliau tidak berminat untuk bercinta dengan Zizan. Oleh itu, peminat boleh lah berhenti berharap agar mereka bergelar pasangan kekasih. Tidak salah untuk seorang wanita dan lelaki berkawan sahaja bukan?



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.