Header Ads

Kembar Ronaldo Di Temui kat Gombak Je Rupanya, Kerja Pengawal Keselamatan



Adakah korang ada mempunyai kembar dalam dunia ini? Kalau kita perhati dalam sejarah, ada banyak sekali peristiwa mengenai orang-orang yang mengaku berjumpa dengan bayangan dirinya sendiri. Fenomena ini sering disebut dengan istilah doppelganger mengikut bahasa sains.
Doppelganger berasal dari perkataan Jerman yang bermaksud “Double Walker”. Istilah atau kata ini digunakan untuk merujuk kepada bayangan diri yang dipercaya dialami setiap manusia di bumi ini.
Sebelum ini kita pun sudah melihat gambar ramai artis Malaysia yang seperti Zizan Razak ini, Remy Ishak, Jepp Sepahtu dan sebagainya di bandingkan bersama Doppelganger  mereka. Kali ini pula melibatkan pemain bola sepak dunia yang sangat terkenal dari Portugal.  siapa lagi kalau bukan Christiano Ronaldo, siapa yang tak kenal nama hebat ini? Namanya sering menjadi sebutan bagi seluruh peminat bola sepak di seluruh dunia.   Kekayaan hartanya pula tak terbatas. Bahkan baru-baru ini ia dinobatkan sebagai atlet sukan dengan pendapatan tertinggi selama 2016.
Tetapi ini bukan sekadar kisah menarik mengenai Ronaldo sahaja, tetapi kisah ini melibatkan seorang warganegara Nepal yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Taman Sri Gombak, Selangor, Malaysia Sekali pandang, wajahnya saling tak tumpah seperti pemain bola sepak terkenal ini. Bukan setakat wajahnya sahaja, malah dia juga memiliki tubuh sasa sama seperti Ronaldo. dikatakan ramai penghuni di kondominum ini menyangka dia mempunyai pertalian saudara dengan Cristiano Ronaldo hehe.
Jejaka kacak dan berbadan sado yang berasal dari  Kathmandu, Nepal ini namanya Kumar dan sudah 3 tahun tinggal di Malaysia untuk mencari rezeki buat keluarga di kampung. Pada waktu lapang, Kumar lebih gemar meluangkan masa di Gym untuk bersenam dan mendapatkan bentuk badan yang dinginkan. Memang tidak dinafikan, Kumar sangat meminati Ronaldo dan bapa kepada seorang cahaya mata ini pernah bekerja sebaga anggota tentera di Nepal sebelum dia berhijrah ke Kuala Lumpur.

Namun siapa sangka, seorang pengawal keselamatan memiliki raut wajah yang amat sama seperti Ronaldo yang pastinya dia mampu buktikan kerjaya bukan penghalang untuk kekal bergaya seperti selebriti.

Jom lihat foto-foto Kumar yang begitu mirip dengan wajah Ronaldo!






No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.