Header Ads

Kenapa Negara Lubnan Mengharamkan Filem Wonder Woman, Ini Sebabnya yang Anda Perlu Tahu



Menurut akhbar tempatan Lubnan Arab News, kerajaan Lebanon akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengharamkan filem ‘Wonder Woman’ ini adalah di beritakan kerana pelakon utama yang memegang watak Gal Gadot  pelakon utama filem ini merupakan warganegara Israel.

Lebanon pula kini sedang berperang dengan Israel, dan sekaligus Lubnan melaksanakan undang-undang yang memboikot barang dan produk buatan Israel termasuk juga sekatan kepada rakyat Lubnan jika ada perjalanan ke Israel atau membuat hubungan dengan rakyat Israel.

Kemudian ada juga maklumat yang menngatakan bahawa watak utama filen ini iaitu Gal Gadot adalah juga merupakan salah seorang anggota tentera Israel tapi sejauh mana kebenaran masih belum dapat di pastikan. 
Walaubagaimanapun pada masa ini, larangan itu masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya, dan diberitakan salah satu pawagam di Lubnan juga telah mendedahkan bahawa tayangan perdana filem itu masih dalam perancangan namun kemungkinan ia akan dibatalkan jika kerajaan memutuskan untuk campur tangan.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.