Header Ads

Kondominium 24 Tingkat Teruk Terbakar, Penghuni Terperangkap Dalam Bangunan




Kira-kira pukul 1 awal pagi tadi waktu tempatan, berlaku satu kebakaran yang sangat menakutkan di sebuah kondominium 24 tingkat di London. 

Di lokasi kejadian kedengaran penghuni kondominium tersebut yang terkandas menjerit meminta tolong dan kelihatan juga ada yang cuba melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri.

Memetik laporan Daily Mail UK, api mula terbakar dari tingkat dua dan merebak sehingga ke tingkat paling atas kondominium yang dikenali sebagai Grenfell Tower itu. Setakat ini sekurang-kurangnya 200 anggota bomba dan 40 buah kenderaan bomba telah bergegas ke lokasi untuk memadamkan api. 

Andy Moore dari BBC memaklumkan, kondominium terbabit berkemungkinan akan runtuh berikutan keseluruhan bangunan kondominium itu dijilat api. 


Menurut saksi, terdapat penghuni yang cuba mengikat selimut katil pada tingkap untuk menjadikannya sebagai tali untuk menyelamatkan diri, ada pula yang sekadar menjerit meminta tolong di tingkap. 

Menurut laporan terkini The Guardian, pada pukul 11.21 pagi tadi, penduduk yang berada di lokasi kejadian menerusi Twitter memberitahu anggota bomba sedang bertungkus lumus memadam api.

Setakat jam 11.33 pagi, api masih marak manakala jumlah mangsa yang tercedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan polis. 

Daily Mail mengadakan siaran langsung melalui laman Facebbok untuk membolehkan orang ramai mengikuti perkembangan terkini kejadian tersebut. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.