Lara Alana lawat Awal Ashaari Selepas Pembedahan di hospital berjaya
Pengacara, Awal Ashaari selesai menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu di salah sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur hari ini.
Awal menerusi akaun Instagram (IG) berkongsi rasa syukurnya selepas pembedahan berjalan lancar.
"Yeayyyy! Daddy dah takde gallbladder/hempedu! Alhamdulillah, my laparoscopy went well. Thank you semua yang mendoakan kesejahteraan saya sekeluarga. (I had my gallbladder removed due gallstones. Siapa nak batu ni buat cincin untuk pakai raya, boleh PM tepi)"
Sementara itu, di laman IG isterinya, Scha Al- Yahya telah memuat naik foto comel anak mereka, Lara Alana bersalaman dengan Awal yang sedang terbaring di atas katil.
"Eh eh dia datang melawat lah"
Akaun IG Awal dan Scha kemudian dihujuani doa daripada peminat yang berharap agar pelakon itu cepat sembuh.
Post a Comment