Lelaki Ini Berpura-Pura Pengsan Di Tempat Awam Untuk Tagih Simpati Wang Dan Makanan
Lelaki ini meminta sedekah dengan cara yang paling tak disangka. Baru-baru ini, seorang lelaki yang sihat tubuh badan dalam lingkungan 20-an menjadi terkenal di sosial media kerana mempunyai bakat yang unik iaitu pengsan!
Dia dengan ajaibnya pengsan di lokasi yang rawak untuk menagih simpati orang ramai. Dia kemudiannya akan melakonkan aksi 'Pelakon Terbaik' dan berpura-pura seperti tidak mengingati nama ataupun tempat tinggal.
Lakonan lelaki itu sangat berjaya sehingga segelintir orang ramai terpedaya dengan taktik lelaki itu sehingga memuat naik status di Facebook meminta orang ramai mencari ahli keluarga lelaki tersebut.
'Siapa yang kehilangan ahli keluarga? Saya terjumpa lelaki ini pengsan di stesyen minyak BHP di Kepong sekitar 10.30 malam. Asal dari Tanjung Malim dan tidak mempunyai IC atau wang'
Taktiknya itu telah dihidu oleh beberapa netizen dan mendakwa lelaki itu menggunakan taktik yang sama tahun lepas. Netizen tersebut mendakwa lelaki ini pengsan 2-3 kali di depannya ketika membeli burger di tepi jalan.
Ada juga mendakwa lelaki tersebut sekiranya ada orang memberinya makan, lelaki itu akan mengingati namanya dan dimana tempat tinggalnya. Dan dia akan meminta RM20 untuk pulang ke rumah. Tetapi anda akan jumpa lelaki ini di cyber cafe yang berhampiran.
Ramai yang pernah melihat lelaki ini pengsan dan berikut adalah dimana lokasi netizen terserempak dengan tipu muslihat lelaki ini. Setelah puas 'pengsan' di sekitar Kuala Lumpur, lelaki ini dilihat meluaskan modus operandi ke Perak dan Pulau Pinang.
Netizen juga bergurau bagaimana tangan lelaki tersebut boleh terletak betul-betul di atas badannya dan terkantoi membuka mata separuh ketika orang ramai mahu menangkap gambarnya. Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar lelaki ini berpura-pura pengsan dan janganlah mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain.
Post a Comment