Header Ads

Menyangkakan Hanya Sakit Kepala Biasa, Tetapi Meninggal Dunia 2 Hari Kemudian




Sakit kepala yang sering dialami jangan ambil mudah hanya dengan berharap untuk makan panadol sejam kemudian sakit akan surut . Sebenarnya pengambilan panadol ini hanya untuk menahan sakit semata bukan menghilangkan . Yang merisaukan tua nanti sakit yang ada masa muda tu menjadi teruk tua nanti . Hati-hati dan sentiasa amalkan pemakanan sihat .

Amerika Syarikat- Ibu kepada 4 orang anak, Charlotte “Lee” Broadway dari Utara Carolina,USA, merupakan individu yang sangat terkenal dalam kalangan masyarakat.

Dia bertemu pasangan hidupnya Eric semasa di sekolah lagi, kemudian berkahwin dan membesarkan 4 orang anak mereka. Kedengaran seperti keluarga yang biasa.

Lee sering kali menghidap migrain, jadi beliau merasakan tiada apa permasalahan mengenai perkara itu kerana masalah sakit kepala itu kerap sahaja berlaku.

Tetapi pada tarikh 1 April 2017, kesakitan yang beliau alami memuncak, ibarat ‘kesakitan yang datangnya dari neraka’.

Eric, yakni suaminya membawa Lee ke hospital, mungkin beranggapan bahawa kesakitan itu seperti kesakitan yang dialami sebelum-sebelum ini. Namun demikian, dia tidak pernah menyangka bahawa kesakitan yang Lee alami itu boleh membawa maut.

“Lee sering berdepan masalah migrain,” Eric memberitahu WCNC. “Jadi, sakit kepala bukanlah sesuatu yang saya risaukan kerana kejadian yang sering berlaku”.


Setibanya mereka di hospital, Lee disahkan menghidap brain aneurysm, juga dipanggil dengan kewujudan arteri pulmonary di dalam otak.


Brain aneurysm menyebabkan saluran kecil darah menjadi lemah dan darah berkumpul menjadi buih kecil, yang kemudiannya mendedahkan pesakit kepada tekanan terhadap otak.

Dua risiko besar mengenai perkara ini di mana semakin tinggi tekanan yang dialami otak, atau saluran darah sudah rosak atau pecah, ianya akan membawa kepada pendarahan dalaman.

Apabila saluran darah sudah rosak, kesakitan yang ekstrim akan dialami pesakit, yang mana kesakitannya sama seperti mengalami migrain.

Lee meninggal dunia dua hari selepas dimasukkan ke hospital, beberapa hari sebelum hari ulang tahun kelahirannya yang ke-42.

Terdapat simptom yang boleh dikesan yang membawa kepada penyakit brain anuerysm:


– Sakit kepala secara tiba-tiba, berbeza dari kesakitan sebelumnya.



– Lenguh di bahagian tengkuk.



– Loya dan muntah



– Sensitif pada cahaya



–  Mudah pengsan dan tidak sedarkan diri



– Sawan


Jika simptom-simptom ini dapat dikesan lebih awal, peluang untuk mengubati masalah ini lebih cerah. Jika anda berdepan dan mengalami masalah seperti yang dijelaskan, jumpalah dengan mereka yang pakar untuk tujuan perubatan.




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.