Header Ads

Meskipun Bra Terlucut Secara ‘Live’ , Artis K-Pop Ini Tetap Menari



Salah seorang daripada anggota kumpulan DIA, iaitu Eunjin, telah mengalami pengalaman yang agak memalukan apabila baju dalam yang di pakainya ketika menari tiba-tiba terlucut kebawah ketika sedang menari lagu Will You Go Out with Me.

Memetik laporan wartawan Koreaboo, insiden itu berlaku ketika DIA membuat aksi tarian rancak pada festival di Yeonsheon, minggu lalu.

Ketika pada mulanya persembahan itu, Eunjin bersama anggota kumpulan yang lain tidak mempunyai apa-apa masalah namun secara tiba-tiba kejadian malang itu berlaku ketika di pertengahan lagu rancak tersebut apabila para peminat masing-masing mejerit mulai menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penyanyi cantik berusia 19 tahun itu.
Di fahamkan baju dalam yang dipakai Eunjin berkemungkinan adalah baju dalam tanpa tali yang hanya  kukuh dalam keadaan tidak terlalu aktif. Akibatnya baju dalam berkenaan tiba-tiba terlucut. Namun sebagai ketua rapper ‘DIA’ itu Eunjin tetap profesional dan mempamerkan reaksi muka yang tenang, malah dia tetap terus menari dan menyanyi lagu tersebut sampai habis

Dalam pada itu video yang tersebar tersebut, menunjukkan Eunjin beberapa kali terlihat membetulkan bra-nya supaya kembali ke asal namun agak tidak berjaya. Namun aksi itu dilakukan ketika dia tidak menghadap bertentang ke penonton dan saat dia berada di formasi belakang.
Selain Eunjin DIA dianggotai oleh Eunice, Jueun, Huihyeon, Jenny, Yebin, Chaeyeon.

Sumber  : Koreaboo




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.