Nenek Berusia 100 Tahun Jadi Juara Acara Larian 100 Meter
Seorang nenek berusia lebih seratus tahun bukan sahaja mengambil bahagian dalam acara bersukan, malah berjaya menjadi juara dalam acara larian 100 meter.
World Master Games yang sedang berlangsung di Aukland, New Zealand, terdapat seorang warga emas dari India yang berusia 101 tahun yang bernama Man Kaur, walaupun merupakan satu-satu peserta yang berumur 100 tahun ke atas, namun dia tetap bersungguh-sungguh menghabiskan larian 100 meternya dengan catatan masa seminit 14 saat dan menjuarainya.
Memetik laporan CNN, Man Kaur beritahu dirinya rasa sangat seronok dan akan meneruskan amalan berlari, tidak akan berhenti begitu sahaja.
Difahamkan, Man Kaur mula menyertai acara bersukan pada lapan tahun dahulu, sebelum ini tiada langsung asas dalam sukan. Kemudian anaknya yang mencadangkan dia menyertai World Master Games, daripada situ barulah dia mula gemar berlari.
Menurut anak Man Kaur, ibunya kini masih mengekalkan cara pemakanan yang lebih tegas, malah mengekalkan latihan setiap hari.
Post a Comment