Header Ads

Dua Masjid AS Terima Ugutan Bunuh Umat Islam




Dua masjid di Maryland, Amerika Syarikat (AS) menerima surat ancaman menggesa pembunuhan dilakukan terhadap umat Islam negeri itu.

Presiden Persatuan Pendidikan Islam Maryland, Taiyab Mohiudden menemui sampul dalam peti surat, Isnin lalu yang mengandungi nota ancaman.

Katanya, beliau menemui nota itu yang diletakkan bersama-sama dengan surat lain yang berbunyi, ‘saya akan membawa AS$100 (RM444) kepada pusat kebajikan bagi setiap umat Islam yang dibunuh.’

“Nota mengandungi mesej sama juga ditemui di pusat komuniti Islam beberapa kilometer dari situ.”

Jemaah di masjid berkenaan dilaporkan dalam ketakutan selepas menerima mesej yang diletakkan dalam peti surat berkenaan.

Susulan itu, pihak polis mengesahkan kejadian itu akan disiasat sebagai jenayah kebencian. Polis mendedahkan, setem pada sampul adalah dari Eropah.


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.