Header Ads

Lelaki Maki Dan Caci Bapa Anggota Rela Di Belasah Orang Ramai Dekat Downtong Kajang




Nak kurang ajar sangat kan? Seorang lelaki dibelasah orang ramai kerana bertindak kurang ajar kepada bapa seorang anggota Rela dengan melemparkan kata-kata kesat dan makian di Downtown Kajang semalam. 

Kejadian pada jam kira-kira 11 malam itu berlaku disebabkan lelaki itu cuba masuk ke tempat yang telah ditutup oleh anggota Rela kerana kawasan itu telah sesak dengan orang ramai. Lelaki itu tetap enggan dan tidak menghiraukan larangan itu dan terus masuk ke kawasan yang ditutup itu. 

Menurut saksi kejadian, lelaki tersebut bertindak samseng dengan memarahi anggota Rela yang bertugas ketika itu dan melemparkan cacian dan makian kepada bapa anggota berkenaan yanng menyebabkan adik kepada anggota Rela itu bengang. 

Keadaan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai dan lelaki tersebut dibelasah dan dipukul dengan helmet. Isteri kepada lelaki itu juga dikatakan turut serta kurang ajar walaupun perkara itu boleh diselesaikan dengan aman. 

Pada mereka yang ingin berkunjung ke Downtown Kajang atau Downtown Danau Kota adalah dinasihatkan supaya bersabar kerana keadaan yang ramai orang sudah pasti kawasan sekitar akan menjadi sesak kerana masing-masing ingin membuat persiapan raya. 

Lagipun, kita masih di bulan ramadan dan bukan saja menahan lapar dan dahaga malah menahan nafsu amarah. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.