Header Ads

'Orang Bela Kau Pun Nak Bela' - Netizen Kecam Kurung Dodi Dalam Tandas, Ini Jawapan Dato' Aliff Syukri




Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Dato' Aliff Syukri tentu kenal dengan kucing bernama Dodi. Dodi merupakan seekor kucing baka serval dari Afrika yang memang agak liar jika dilihat melalui post-post dari Dato' Aliff sendiri. 

Baru-baru ini, Dato' Aliff memuat satu status ingin menjual kucing belaannya itu  dan membuat satu video Facebook Live namun beliau telah dikecam teruk oleh pencinta haiwan. 



Perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Khairul Azri mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengecam Dato' Aliff sebagai menyiksa haiwan tersebut. Dalam rakaman Facebook Live tersebut, Dato' Aliff berkongsi rumah baru untuk Dodi namun ianya dikecam dan menganggap beliau sebagai tidak berperikemanusiaan dan terus membuat kesimpulan sendiri. 


Namun, Dato' Aliff tidak melatah apabila dikecam oleh netizen malah tampil membuat penjelasan bahawa rumah baru Dodi akan siap dalam tempoh 3 bulan. Malah, beliau juga turut berhabis hampir RM10,000 untuk menjinakkan kucing belaannya itu selain 'grooming' kucing tersebut namun Dodi masih lagi ganas. 

Beliau juga turut mengakui dirinya sibuk dan tidak ada masa untuk meluangkan masa dan membelai Dodi. - www.kakishare.my


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.