Header Ads

Penyelidik Dedah Lokasi Alien di Bumi Termasuk Di Malaysia



Alien…ET atau Extra Terrestrial… KS lebih tertarik menggunakan Extra Intelligence Terrestrial dalam bahasa ibunda Makhluk Asing Yang Bijak. Sejak akhir-akhir ini minat saya tertumpu kepada makhluk di luar dunia ini yang selalu kita sebut sebagai Alien. 

Apabila membicarakan tentang alien atau makhluk asing,secara langsung terdapat perkaitannya dengan UFO (Unidentified Flying Object) atau Objek tidak dikenali. Kajian-kajian oleh para saintis dan juga berdasarkan kepada laporan pemerhatian awam, mendapati fenomena kemunculan alien di bumi kita ini amat luarbiasa sekali banyaknya beberapa tahun kebelakangan ini. Makhluk asing atau Alien dan juga UFO menjadi satu berita dan perdebatan yang hangat di seluruh dunia. 
Situasi ini berlaku disebabkan oleh sifat ingin tahu manusia yang melihat sesuatu benda dan tidak boleh mengenalpasti apakah yang di lihat menyebabkan mereka cuba untuk cuba mencari bukti-bukti lain untuk memenuhi naluri perasaan ingin tahu mereka, Melalui bukti-bukti yang manusia kumpulkan mereka juga cuba untuk berkongsi maklumat dan mempengaruhi (influence) orang lain terhadap apa yang mereka lihat atau pengalaman yang telah mereka lalui. 

Rekod menunjukkan bahawa alien dan UFO telah mula berkunjung ke bumi sejak zaman ribuan tahun dahulu. Semenjak dari dahulu makhluk asing telah mengadakan perhubungan secara langsung dengan pendiuduk bumi bagi sesetengah bangsa atau kaum terdahulu mengangap mereka sebagai tuhan. 
Berdasarkan kepada catatan dan rekod,terbukti bahawa kehadiran makhluk asing ke bumi telah membawa kepada suatu keadaan yang boleh dikatakan sebagai” technology transfer”, memindahkan teknologi mereka untuk kegunaan manusia di bumi membantu membangunkan peradaban manusia.
Banyak kajian telah dijalankan untuk merungkai kewujudan alien di bumi ini. Malah beberapa tempat dikatakan menjadi lokasi alien telah dikenal pasti oleh penyelidik. Menurut page Mirror, penyelidik mengatakan terdapat tiga tempat di dunia ini merupakan lokasi alien boleh ditemui.

Tiga lokasi tersebut adalah di Pulau Hawaii, Pulau Selandia Baru Utara dan juga di Pulau Sunda Kecil, Indonesia dan Sungai Petani Kedah, Malaysia. Wayne Dawson dari Universiti Durham menyatakan bahawa penyelidikan yang telah dilakukan olehnya menunjukkan pulau-pulau tersebut mempunyai tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang sangat banyak. Menurutnya, 
Sungai Petani Kedah kerap di Lawat UFO
“Tempat itu mungkin boleh menjadi tempat penting untuk alien masuk. Biasanya, kawasan yang lebih selamat dan populasi manusia padat, mempunyai banyak makhluk asing atau alien, terutamanya di pulau-pulau.” 

Perlu ada ilmu pengetahuan yang tinggi untuk mengetahui kesan dari wujudnya kawasan-kawasan tersebut. Tambah Dawson lagi, “Oleh kerana gangguan manusia di kawasan itu, membuatkannya menjadi mudah untuk pendatang baru berkembang dan mendapat kesempatan.”




No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.