Header Ads

Seorang Bapa Rancang Sesuatu Yang Boleh Dapatkan Hampir 1/2 Juta Ringgit Untuk Anaknya Yg Baru Lahir Bagi Dana 20 Tahun Akan Datang. Korang Patut Baca !




Perkongsian dari facebook milik  Muhd Farid.
Beliau berkongsi bagaimana merancang dana belajar 20 tahun akan datang untuk anak yang baru lahir . Jika bermanfaat dan mampu untuk ikut , dipersilakan share .

Alhamdulillah selesai daftar nama anak + collect kunci rumah untuk si Aryan ni.

Rumah flat 3 bilik ni aku beli time baby dalam kandungan lagi.

Memang beli sebagai dana pendidikan untuk si Aryan ni.

Sekarang ni kalau nak di sewakan pun rate sekitar RM 550/bulan.

Duit sewaan RM 550 masuk dalam ASB loan RM 400k, ikat 30 tahun.

Tahun pertama – RM 100,000 (rolling dividen 20 tahun)
Tahun kedua – RM 100,000 (rolling dividen 19 tahun)
Tahun ketiga – RM 100,000 (rolling dividen 18 tahun)
Tahun keempat – RM 100,000 (maintain bayar RM 550/bulan selama 17 tahun tanpa usik dividen)

Lepas 20 tahun, terminate kesemua ASB ni, cash in hand akan dapat anggaran kasar sekitar :

  • ASB Tahun pertama = RM 55,453
  • ASB Tahun kedua = RM 51,640
  • ASB Tahun ketiga = RM 48,019
  • ASB Tahun keempat = RM 241,397

Jumlah cash in hand = RM 396,509

Lagi 20 tahun kan si Aryan ni dah besar, dah habis SPM dan nak masuk universiti.

Jadi rumah yang aku beli tahun 2017 ni, selepas tahun 2037 harga dia mungkin bukan lagi harga yang sekarang.

Mungkin meningkat sekali ganda @ 2x ganda.

Dapat refinance cashout RM 100k – RM 200k ketika itu, boleh di gunakan untuk kos study dia tanpa perlu membuat pinjaman PTPTN macm aku ketika dulu.

Kat sini umur 20 tahun si Aryan ni dah boleh ada cash hampir setengah juta.

Baki selebihnya boleh di laburkan ke instrumen-instrumen lain seperti :

  1. Bisnes
  2. Hartanah
  3. ASB
  4. Unit trust
  5. Saham
  6. FCPO

Time tu, kalau aku dah tiada lagi pun, atleast anak aku ni ada tempat berteduh, ada something yang aku tinggalkan untuk dia.

*Rumah ni tiada hutang dengan bank sebab tu duit sewa boleh dapat penuh

Dapat sesuatu tak dari strategi yang aku cuba pakai untuk anak aku ni,

SHARE jika bermanfaat.

Credit : Muhd Farid


No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.