Header Ads

Suami Isteri Boleh Bercium Selagi Tak Bersetubuh Ketika Berpuasa - Mufti Perlis




“Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan."

Demikianlah coret Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membenarkan pasangan suami isteri 'berkucupan ringan-ringan selagi tidak bersetubuh ketika berpuasa.

Tambahnya, seseorang yang gagal mengawal keinginan seks seeloknya mengelak daripada berbuat demikian.

“Jika dia tahu bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan bercium dan ‘kemesraan yang lain’,” jelasnya.

Memetik Mail Online, Asri memetik satu hadis riwayat Bukhari yang menyatakan nabi pernah bermesraan dan mencium isterinya ketika sedang berpuasa. 



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.