Header Ads

Video suami isteri tunjuk isyarat lucah, tendang kereta pula viral



BELUM lagi reda dengan kisah viral video wanita tunjuk isyarat lucah sebelum memukul kereta dan membaling kasut akibat berebut 'parking' semalam, satu lagi video telah tersebar.
Video kali ini pula adalah sebuah rakaman menunjukkan
pasangan suami isteri menunjukkan isyarat lucah (jari tengah) kepada pemandu kenderaan lain sebelum si suami menendang berulang kali pintu kenderaan tersebut.

Si isteri hanya menunjukkan isyarat lucah kepada individu di dalam kereta yang sedang aksi pasangan itu, manakala si suami nampaknya begitu marah, selain menunjukkan isyarat lucah dia turut menendang pintu kereta berulang-ulang kali.

Masih tidak jelas tentang punca kejadian yang mengakibatkan kedua-dua pasangan itu menjadi begitu marah sekali sampai sanggup bertindak di luar kawalan fikiran.

Namun sumber di media sosial memberitahu bahawa kedua-dua pasangan suami isteri itu bertindak di luar kawalan kerana terlalu marah apabila kereta yang dipandu oleh mereka terhalang.

Di bawah ini video rakaman yang dimaksudkan sila klik button 'play' untuk menonton.



No comments

Note: only a member of this blog may post a comment.

Powered by Blogger.